Pages

Thursday, April 29, 2010

Muhammad Al-Fatih: Sebaik-baik pemuda dan pemimpin



Pemuda-pemuda kini umpama kijang-kijang yang terhincut-hincut jika dibandingkan dengan dahulunya adalah anak-anak singa. Lihat sahaja pada pemuda berumur 17 tahun yang sudah ke medan perang, Zaid bin Harithah iaitu anak angkat kesayangan Rasulullah s.a.w 14 ratus tahun lalu.

Dalam mengimbas kembali jihad mukminin yang tiada henti, tidak lengkaplah tanpa menyebut tentang pembebasan Constantinople oleh Khalifah Uthmaniyah yang ketujuh pada tahun 857H.

Sabda Rasulullah s.a.w ketika menggali Parit Khandaq; “Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” [Hadis riwayat Imam Ahmad]

As-Syahid Abu Ayyub Al-Ansari, sahabat besar Rasulullah SAW telah dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople, dan apabila ditanya mengapa beliau mewasiatkan sebegitu, beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople nanti.” Sungguh, rijal itu benar-benar bakal mengotakan impian menawan Kota Constantinople dengan mengimamkan hampir 150,000 orang tenteranya.

Apakah kelebihan dan rahsia Baginda Sultan Muhammad atau lebih masyhur dengan gelaran Muhammad The Conqueror?

Baginda telah menerima asuhan dari kecil sehingga baginda yakin bahawa bagindalah raja yang disebut dalam hadis Rasulullah. Dengan sentuhan tarbiah menyeluruh oleh ayahanda baginda Sultan Murad II dan guru-gurunya termasuk Syeikh Amad Shamsuddin yang mengajar ilmu agama dan berkaitan dunia pemerintahan. Baginda juga menguasai dan fasih berbahasa Turki, Arab, Latin, Greek, Serbia (bahasa ibu Baginda), Parsi dan Hebrew.

Baginda dilatih supaya mahir memanah, menunggang kuda dan menyusun taktik perang. Kepintaran baginda dalam mengatur strategi dan mencipta peralatan termoden diperakui oleh sejarawan barat setelah melihat kehebatan Sultan Muhammad di medan perang.

Peperangan terhadap Kota Constantinople berlaku disebabkan Raja Rom yang memerintah pada waktu itu enggan menyerahkan kota tersebut. Maka tentera Uthmaniyah dengan diketuai oleh baginda Sultan Muhammad mula menyerang kubu dari segenap penjuru. Baginda sebelum itu menyampaikan khutbah melarang gereja, tempat-tempat ibadah lain diroboh dan tidak mengapa-apakan paderi, orang kurang upaya dan yang sudah tua serta mereka yang tidak membunuh.

Apabila sebuah rantai besar dibina menghalang kapal-kapal merentasi Selat Bosphorus, baginda mendapat akal untuk melancarkan kapal perang melalui jalan darat dan gunung sejauh hampir enam batu. Alangkah terkejut Raja Byzantine keesokan harinya, bukan sahaja Teluk El Qarn El Zahabi (The Golden Horn) dipenuhi kapal-kapal muslimin bahkan armada bantuan dari Ketua Paderi Rom kesemuanya musnah terbakar. Rentetan daripada itu kubu pertahanan menipis sehingga akhirnya dengan izin Allah pihak tentera Uthmaniyah berjaya menawan Kota Constantinople pada 28 Mei 1453 bersamaan 857H.

Baginda dengan tawaduk penuh kesyukuran atas kejayaan membebaskan Kota Constantinople. Setelah itu Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) dan memerintahkan agar separuh Gereja besar St. Sophies diubahsuai menjadi masjid yang terkenal Aya Sofiya. Gelaran ‘Al-Fatih’ amat sesuai kerana Baginda telah menang membuka Constantinople. Sebuah pembukaan agung yang ditunggu sejak 800 ratus tahun sebelumnya.

Sejak baligh Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud. Inilah hasil didikan Syeikh Amad Shamsuddin. Inilah dia sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadisnya itu.

Masha Allah. Satu contoh rijal hebat pernah tercatat dalam sejarah dunia. Hanya pada usia 21 tahun mampu merealisasikan cita-cita tingginya, juga cita-cita seluruh umat sejak berzaman sebelum itu. Cerita Sultan Muhammad Al Fatih mengajar muslimin beberapa tips kejayaan antaranya ‘al-akhzu bil asbab‘(mengambil sebab) dengan usaha gigih dan strategi bijak serta persiapan dan peralatan tercanggih. Membina meriam besar yang mampu membedil kubu sejauh satu batu dan menara bergerak tiga tingkat, diperbuat daripada kayu, tingginya melebihi dinding kubu dan memuatkan ratusan tentera merupakan seni peperangan yang amat hebat.

Sebagai raja yang mengimamkan ribuan muslimin, baginda sentiasa tenang, sabar, peka dan prihatin terhadap tentera bawahannya. Baginda sentiasa merujuk kepada guru-gurunya baik dalam urusan agama atau permasalahan negara. Baginda juga sentiasa menghembus semangat kepada para tenteranya dengan kemenangan yang telah Allah janjikan.

Maka junjunglah tinggi Islam dalam hidup

“Ayuh kita sama-sama perbaharui tekad untuk melatih qiadah menanggung bebanan supaya yang terlantik nanti adalah mereka yang berwibawa dan berkelayakan; bermula daripada sof pertama, kemudian diikuti oleh sof kedua dan seterusnya. Sebagai persediaan ia adalah tiga barisan pelapis untuk qiadah. Sesungguhnya mempersiapkan kanak-kanak mumayyiz dengan hukum syarak khusus membolehkan dia dijadikan imam dalam solat, sekalipun dia belum mukallaf, menjadi bukti yang menunjukkan bahawa mempersiapkan kepimpinan dengan ibadat merupakan objektif yang mesti diberikan tumpuan di dalam perlaksanaan. Berkata Imam Al-Banna rahimahullah: “Jadilah kalian hamba yang tekun beribadat sebelum dilantik sebagai ketua, nescaya ibadat kamu itu akan menjadikan kamu pemimpin yang terbaik” [Dipetik dari Perutusan Dr. Mohd Badee Mursyidul Am ke-8]

Ya Allah, Kepada Engkau sahaja kami berharap supaya dikurnia kekuatan, keberanian, kelebihan, kesungguhan dan keyakinan utuh sebagaimana dilimpahkan terhadap hambaMu Muhammad Al Fatih seterusnya mengembalikan kegemilangan ummah ini semula. Amin.

Sumber: Laman Web ISMA Mesir Cawangan Mansurah

http://masamnis.blogspot.com/

A.I.A (AYAH IBU ANAK)

Luahan khas untuk anak-anak di dunia...
Hayatilah...

LIRIK LAGU BAJI AIA (AYAH IBU ANAK)
( 1 )
Rarare rare rare ra
Rarare rare rare ra
Rarare rara rera rara rare rara

Janganlah engkau menangis lagi
Yakinkan amal(n?) ibu di sisi
Wahai intan seluruh (ra?)warga
Hadirmu membawa seribu warna

( 2 )
Kini kau lupakan ibu
Lupakan juga ayahmu
Mengapa kau begitu
Setelah sinar kau ketemu

( 3 )
Tidakkah kau kasihan
Ibumu sendirian
Di sini bukan syurga
Patut kau campakkan

Ayah, ayah jerit kecilmu
Setia bersila di bendul pintumu
Tangis tawa bukanlah duka
Jadi ingatan mengusik jiwa

( ulang dari 2 )
( ulang 2 & 3 )
( ulang 1 3X )


Nak dengar?
Lihat kat page nie....
http://aimini.net/view/?fid=KiTV6E3jAKQciq0DBqk4

http://masamnis.blogspot.com/

JASA BONDA.....

Nie adalah petikan daipada sebuah lagu...
Coretan ini khas untuk bonda tersayang...
I love you so much!!!!!!

JASA BONDA

Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

( 1 )
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

( 2 )
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

( ulang 2 & 1 )


Nak dengar?
Lihat page nie...
http://www.aimini.net/view/?fid=dHW0EKOw2o3VM2RMWwfj

http://masamnis.blogspot.com/

Tuesday, April 27, 2010

Realiti Kehidupan di Dunia yang Fana.....

Assalamualaikum.....

Sedar tak sedar diri ini sudah menghampiri dua abad di bunia ini... Kadang2 aku terpikir... Perlu ke aku gembira bila menyambut ulang tahun kelahiran atau bersedih.. Mari lah kita berfikir sejenak... Yang mana sesuai...

Majoriti manusia di dunia yang fana ini sangat gembira bila ulang tahun kelahirannya... Bahkan hari tersebut la yang dinantikan setiap tahun... Hari tersebut la yang merupakan hari terpenting dalam hidupnya setiap tahun...

Bila fikir balik... Betul ke pa yg kite lakukan tersebut??? Tak salah ke???

EMMMMMMMM....

Wahai rakan dalam kegembiraan itu terselit satu kesedihan di sudut sanubari... Sedar ke kite? upacara menyambut ulang tahun kelahiran merupakan upacara menyambut semakin pendeknya umur kite di muka bumi ini???

Sedar ke wahai rakan sekelian???

Cukup ke bekalan kite untuk menghadapi yang maha esa????

Bersediakah kite nak menghadapi semua cabaran tersebut?

Fikir2 la wahai sahabat sekelian...

Dalam umur kite yang semakin singkat ini... Tidak salah kite mengingatkan kematian...
Bahkan sangat2 digalakkan... Sedarla wahai rakan2... Hargaila umur yang da... Semoga kite sama tergolong dalam golongan orang yang beriman...

Semoga dengan coretan dari hati yang ikhlas ini, dapat mengingatkan diri yang semakin lara ini dan juga sahabat sekelian... Ingat la... Selagi masa dan peluang masih terbuka luas... Marilah kite memohon keampunan dari yang maha esa... Kerana tidak da seorang manusia yang sempurna...

Bahkan baginda sendiri yang maksum... Masih juga menadah tangan ke hadrat illahi.. Untuk memohon keampunan.. Apatah lagi... Kite umat yang lemah...

Fikir-fikir kan la...

http://masamnis.blogspot.com/

Friday, April 23, 2010

SATU MALAYSIA!!!!!!!!!!!!!!

Sinaran mentari pagi menyelinap masuk ke dalam bilik yang didiam oleh tiga orang sahabat. Oleh kerana, salah seorang sahabatnya telah pulang ke rumahnya di ibu kota. Pagi ini aku bersiap-siap untuk menyelesaikan urusan penempatan aku di bumi Universiti Kuala Lumpur MICET bagi program ijazah aku nanti. Aku kejutkan sahabat aku yang tertidur selepas solat subuh kerana aku berjanji untuk pergi bersama dia.

30 minit kemudian, aku telah berada di bangunan Admin Unikl MICET. Aku melangkah laju masuk ke dalam bangunan yang tersergam indah. Tiba-tiba aku merasakan ada gegaran dalam saku seluar aku. Dalam hati aku,”Sapa yang telefon pagi-pagi ini”. Selepas itu, aku keluarkan telefon Nokia 2610 aku. Terpapar kat skrin yang mak saudara aku telah menelafon aku.

“Assalamualaikum, Sue. Ada apa?”

“Waalaikumussalam. Adzim tak mahu datang rumah ke? Sue ingat nak ajak Adzim pergi Kuala Lumpur.Nak cari barang kedai.”

“Oooo. Ya ke? Kejap lagi la Adzim balik. Adzim nak siapkan urusan Adzim dulu.”

“Baik la. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Selepas selesai urusan penempatan Ijazah dan pendaftaran kenderaan, aku pulang ke bilik aku dan bersiap-siap untuk pulang ke rumah mak saudara aku. Selepas siap berkemas, aku meluncur laju dengan motorsikal aku menuju ke rumah mak saudara aku. Perjalanan aku mengambil masa 20 minit untuk sampai. Kadang-kala aku melewati kawasan kampung yang jalannya kecil sedikit.

Selepas sampai di rumah mak saudara aku, kami terus bersiap-siap menuju ke ibu kota. Perjalanan pergi ke ibu kota, mak saudara aku meminta aku untuk memandu Kancil 850 itu. Alhamdulillah perjalanan agak lancar wlaupun da sesetengah tempat yang sesak. Aku melihat jam tangan aku.

“Alamak! Dah nak pukul 1”,terdetik di hati aku.

Tiba-tiba aku teringat hari ini merupakan hari jumaat. Aku berdoa dalam hati supaya perjalanan aku itu lancar dan sempat tiba untuk solat jumaat. Pedal minyak ditekan lagi. Kancil itu bertambah laju menuju ke destinasi. Tiba-tiba aku terdengar azan berkumandan di celahan kecibukan kota. Aku bersyukur ke hadrat illahi kerana melicinkan perjalanan aku.

Selepas memakir kereta ditempat yang di khaskan, aku menuju ke masjid. Subhanallah! Alangkah terkejutnya aku apabila aku melihat ribuan manusia membanjiri perkarangan masjid. Aku terbayangkan suasana di padang Mahsyar. Mashaallah!

Selepas selesai mengambil wuduk, aku memasuki dalam masjid. Aku mendengar imam berkhutbah. Alangkah terkejutnya aku apabila aku mendengar khutbah disampaikan dalam bahasa tamil. Terasa seperti aku berada di negara asing. Inikah Konsep 1 MALAYSIA yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri kita.

Aku mengakui bahawa dalam Islam, tiada perbezaan antara warna kulit, bahasa dan bangsa. Namun, situasi ini berlaku di dalam Negara MALAYSIA. Kita ada BAHASA KEBANGSAAN, Bahasa Malaysia. Apa gunanya Bahasa Malaysia? Sedangkan kita berada dalam Negara Malaysia. Bukan Negara lndia mahupun Cina.

Sedangkan konsep asas menyempurnakan solat jumaat adalah mendengar dan memahami khutbah itu sendiri. Bagaimanakah aku nak memahami khutbah tersebut yang disampaikan dalam Bahasa Tamil? Adakah aku berada di Negara ASING?

Pikir-pikir lah sendiri wahai rakyat Malaysia... 1 Malaysia katakan.....



http://masamnis.blogspot.com/

Friday, April 16, 2010

Gerakan berfasa adalah sunnatullah

Tanggungjawab umat Islam adalah mengubah kemungkaran (taghyir). Perubahan bermaksud menggantikan kemungkaran dengan kebenaran, bukan menghapuskan kemungkaran dan menggantikannya dengan kemungkaran yang lain. Malah kita dilarang mengubah sesuatu kemungkaran jika boleh menyebabkan wujudnya kemungkaran lain lebih besar. Allah melarang umat Islam mengutuk berhala kerana akan menyebabkan orang kafir mengutuk Allah s.w.t.

Allah s.w.t telah menunjukkan bagaimana cara merubah tamaddun jahiliyyah kepada Islam melalui penurunan wahyu secara beransur-ansur kepada Rasulullah s.aw. Allah mentaklifkan manusia untuk menegakkan Islam, Allah juga telah meletakkan sunnah kepada perubahan manusia yag berubah secara beransur-ansur. Maka proses merubah tamaddun manusia juga perlu dilakukan secara beransur-ansur atau berfasa.

Allah mengubah manusia bermula dengan mengubah minda, aqidah, kepercayaan, keyakinan atau keimanan kemudian mengubah perasaan takut hanya kepada Allah, neraka dan azabNya dan mengubah perasaan cinta hanya kepada Allah dan keredhaanNya. Kefahaman yang jelas, perasaan takut dan cinta hanya kepada Allah telah merubah sikap, amalan dan tindakan sahabat daripada jahiliyyah kepada Islam.

Namun tarbiyyah dan proses perubahan itu tidak berlaku sekaligus tetapi bertahap dan beransur-ansur sesuai dengan kemampuan manusia untuk memikulnya. Kewajiban-kewajiban Islam seperti solat, puasa, zakat dan haji disyariatkan kebanyakannya setelah dakwah berpindah ke Madinah dan tarbiyyah berlalu lebih 10 tahun. Begitu juga mengenai fasa-fasa jihad Nabi s.a.w. dan polisi hubungan luarnya.

Polisi hubungan luar antara Islam dan jahiliyyah di fasa Makkiah adalah dakwah dan menyampaikan Islam. Mula-mula Nabi hanya menyampaikan Islam secara terpilih dan berahsia, kemudian Allah memerintahkan Nabi mengiklankannya kepada kaum kerabatnya, kemudian kepada seluruh qabilah Arab.

Ketika Nabi mengiklankan dakwah, golongan yang tertutup hati mereka dan berkepentingan mula menentang Nabi; dengan kata-kata, mengganggu dakwah Nabi dengan program-program syair, ceramah-ceramah memburuk-burukkan Nabi, menghasut orang ramai, mengugut orang miskin dan hamba, menabur duri dan najis-najis unta di jalan-jalan Nabi dan di badan Nabi s.a.w., menyiksa golongan hamba yang beriman, mebuat tawaran-tawaran duniawi kepada Nabi, akhirnya membuat pakatan memulau Nabi s.a.w. dan usaha membunuhnya.

Semua tekanan ini berlaku dan Allah hanya memerintahkan Nabi agar berdiam, tidak menjawab dan tidak bertindak balas secara kekerasan. Hanya Allah yang menurunkan wahyu bagi menjawab segala tindakan golongan kuffar sebagai tarbiyyah kepada umat Islam dan ancaman kepada golongan kuffar, Allah mengancam dan mengugut golongan kuffar dengan wahyu-wahyuNya.

Sunnatullah demikian rupa kerana Allah ingin menguji manusia dan mewajibkan umat Islam berusaha menggunakan dan meraikan sebab musabab yang telah ditetapkan menjadi sistem hidup di dunia ini dan dalam setiap pergerakan mereka.

Polisi Nabi s.a.w. di fasa selepas peperangan al-Ahzab adalah dakwah memeluk Islam dan kaum kafir diperintahkan sama ada menjadi Islam dan selamat, menerima zimmah dan membayar jizyah atau perang.

Begitu juga Jahiliyyah kurun ke-20 tidak berlaku secara tiba-tiba dan kebetulan. Masyarakat Islam berubah daripada identiti unggul zaman salaf sehingga kini juga berlaku secara beransur-ansur.

Yahudi berusaha untuk memadamkan cahaya Iman dan Islam sejak zaman Nabi s.a.w. lagi. Mereka tidak pernah berputus asa. Yahudi dan musuh-musuh Islamlah yang cuba memporak perandakan kerajaan Islam zaman Abu Bakar al-Siddiq. Lahirnya fikrah tidak wajib mengeluarkan zakat dan fikrah ini berkembang menjadi satu puak dan menentang khalifah, lahirnya golongan yang murtad, lahir nabi-nabi palsu dan didokong oleh pengikut-pengikutnya di samping kerajaan Romawi yang menentang Islam. Segala penentangan terhadap Islam tidak berlaku secara spontan tetapi dibelakangnya ada penggeraknya, pengaturnya, perencananya dan mereka juga berstrategi.

Kemunculan fahaman penentangan khalifah di zaman Uthman al-Affan yang membawa kesyahidannya juga kemunculan yang terencana yang digerakkan oleh Abdullah bin Saba yang melahirkan golongan Khawarij dan Zindiq seterusnya melahirkan golongan Rafidi dan berkembang menjadi Syiah Imamiyyah.

Berlakunya peperangan Salib ke atas kerajaan Uthmaniyyah kemudian bertukar kepada serangan melalui dalam secara mengahwinkan wanita Yahudi dengan pimpinan kerajaan Turki, kerjasama Barat dan kerajaan Turki Uthmaniyyah, perang dunia pertama sehingga lahir golongan pemberontak yang mengguling Sultan Abdul Hamid dan menamatkan sistem Khalifah. Kesemua ini adalah siri-siri strategi musuh Islam dalam usaha menjatuhkan Islam.

Iblis telah berjaji tidak akan berhenti berjuang sehingga hari kiamat dan sudah pasti wujud di kalangan bani Insan yang akan menjadi tunggangan Iblis sejak kisah Qabil dan Habil.

Kedatangan Portugis, Belanda dan Inggeris ke Tanah Melayu; pembukaan negeri-negeri selat, perjanjian-perjanjian dengan Sultan Melayu, Perjanjian Pangkor, penubuhan sekolah-sekolah dakyah Kristian, penubuhan maktab-maktab perguruan, memblokkan negeri-negeri kepada negeri bersekutu dan tak bersekutu, pewujudan sistem Residen, mengambil orang-orang Melayu yang berpendidikan Inggeris atau Melayu sebagai pegawai kerajaan Inggeris, melaksanakan sistem cukai, sistem kehakiman, sistem pemerintahan secara Inggeris, memilih anak-anak bangsawan untuk bersekolah di Penang Free School, mengambil anak-anak bangsawan untuk belajar di Cambridge, menggubal silibus pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris dan Melayu termasuk silibus pengajian agama Islam, sejarah Islam dan sebagainya.

Semua ini bukankah satu perancangan yang berperingkat-peringkat dan berfasa-fasa untuk mencetak pemikiran umat Islam dengan neraca barat, cara berfikir barat, logik barat, adat resam barat, akhlak dan budaya barat.

Malah sejak kemerdekaan sehingga hari ini, apakah isu-isu dasar yang telah berubah dalam sistem pemerintahan negara?? Kenapa tidak berubah??

Sebab majoriti masyarakat Melayu masih terikat dengan sistem barat termasuk terikat dengan satu cara untuk menegakkan Islam iaitu melalui pilihanraya! Sedangkan ini bukan cara Islam ditegakkan di zaman Nabi s.a.w.

Jika gerakan Islam hanya menjadikan pilihanraya sebagai manhaj perubahan akan menjadikan umat Islam akan berjuang 4 tahun sekali secara berkempen… dan merayu undi!!!

Sejak merdeka sehingga hari ini, identiti umat Islam semakin terhakis termasuk anak-anak pejuang-pejuang Islam dan pendokong perjuangan Islam. Tanpa kembali kepada manhaj nabawi, umat Islam tidak mungkin dikembalikan kepada kedudukan sebenar sebagai khalifah.

Sepatutnya setiap umat Islam mempelajari al-Quran dan tafsirnya, hadis dan maknanya serta menghayatinya dalam kehidupannya dan rumahtangganya. Kenapa ini tidak berlaku?? Sebab kita tidak mahu ini berlaku atau kita tidak diajak melakukannya?? Kalau gerakan Islam mahukan perkara ini berlaku mereka akan memberi fokus jutaan ringgit yang dibelanjakan untuk pilihanraya kepada melahirkan ribuan Murabbi yang faham lagi mursyid.

Oleh kerana kerajaan kita mewarisi perlembagan Lord Reid maka umat Islam tidak boleh mengharapkan sesiapa sahaja yang memerintah untuk melaksanakan Islam seperti dalam al-Quran sehingga perlembagaan dipinda. Sebelum usia kita tamat menunggu Islam menang melalui pilihanraya umat Islam perlu melakukan sendiri segala tuntutan syarak ke atas dirinya sendiri dan bersama-sama jamaah Islam yang dianggotainya setakat kemampuan mereka.

Islam hanya akan tertegak dalam kehidupan ini sekadar apa yang kita amalkannya. Kita tidak akan mengamalkannya sehingga kita mahu dan berkehendak untuk mengamalkannya. Kemahuan akan timbul apabila kita faham dan takutkan Allah dan harapkan keampunanNya. Jalan pintas untuk faham dan ada kemahuan hanya dengan kembali meneliti ajaran al-Quran dan menyerah diri untuk dididik oleh al-Quran.

Sesiapa yang tidak menjadikan al-Quran sebagai bacaan dan sumber kefahaman dan amalan hidupnya hanya berbohong kepada Allah dalam Syahadah yang diucapkannya setiap kali solat.

Pimpinan gerakan Islam yang membiarkan pengikutnya yang memberi masa, wang ringgit, tenaga dan berkorban apa sahaja untuk perjuangannya tetapi tidak mengambil berat urusan agamanya, kefahamannya, ketakwaannya dan kehidupannya dibimbangi tidak akan dimasukkan ke syurga bersama mereka.

Setiap gerakan Islam perlu bermuhasabah dan melihat apakah yang telah disumbangkan kepada perubahan identiti ummah, apakah hendak dibiarkan sahaja mereka dididik oleh sistem yang gerakan Islam hendak tumbangkan itu. Sejak merdeka sehingga hari ini apakah hasil perjuangan melalui manhaj sedia ada? Adakah ahli biasa gerakan Islam yang terlibat berpuluh tahun lalu sudah berjaya mendidik isteri dan anak-anak mereka atas inisiatif pimpinan atau mereka mencari sendiri dengan usaha mereka?

Menjadikan tarbiyyah sebagai manhaj perubahan bermaksud setiap ahli perlu melalui proses tarbiyyah sebelum menjadi pimpinan dalam gerakan Islam. “Jundiyyah tariq ila al-Qiyadah”. “Tafaqqahu qabla an Tasudu”. Tidak ada istilah lompat dalam gerakan Islam kerana orang baru perlu membuktikan kefahaman, keimanan, keyakinan dan implimentasi terhadap fikrah perjuangan sebelum mereka boleh dilantik menjadi pemimpin. Gerakan Islam memilih mentarbiyyah ummah sebagai manhaj perubahan kerana inilah sunnatullah dalam membangunkan ummah ke arah objektif Islam sebagaimana musuh Islam juga menggunakan manhaj yang sama dalam meruntuhkan ummah dengan meruntuhkan kefahaman mereka dan menjuzuk-juzukkan amalan hidup mereka antara Islam dan jahiliyyah.

Idea ini sayugia difahami dengan tidak menafikan keperluan terlibat dalam pilihanraya sebagai wahana dakwah dalam proses menasihati pemerintah melakukan yang terbaik untuk ummah.

Oleh: Ustaz Annuar Salleh,
Yang Dipertua ISMA DHL
Sumber: Renungan2u



http://masamnis.blogspot.com/

DUNIA-DUNIA.....

Assalamualaikum wrb....

Sahabat sekelian.... Terlebih dahulu marila kita sama2 memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi, kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat la kita meneruskan kehidupan kita sebagai seorang khalifah allah di muka bumi yang fana ini... Selain itu, kita juga seharusnya bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah menjadikan kita salah seorang umat akhir zaman... Betapa besarnya nikmat dan ganjaran yang diberikan kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad saw sehinggakan para anbia berlumba2 memohon kepada allah untuk menjadi umat Nabi Muhammad saw... Tetapi hanya Nabi Isa as yang akan turun di akhir zaman... Seorang lagi nabi yang memohon agar namanya sentiasa disebut2 oleh umat Nabi Muhammad saw oleh sebab tidak dimakbulkan doanya untuk menjadi umat junjungan besar Nabi Muhammad saw iaitu Nabi Ibrahim as... Oleh yang demikian, shingga sekarang kita sentiasa menyebut nama beliau di dalam solat kita iaitu ketika tahiyyat akhir....

Tidak ketinggalan juga selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw kerana dengan penat jerih beliau memerah keringat, sehingga sekarang kita masih lagi dapat menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan nikmat islam... Islam la yang akan membezakan kita sebagai umat di akhir zaman... Sahabat2 sekelian, junjungan besar Nabi Muhammad saw sangat3 sayang kepada umatnya... Sehinggakan dalam satu kisah yang menceritakan bahawa Saidatina Aishah berjumpa rasullullah saw lalu meminta baginda untuk mendoakan kepada beliau... Lama kelamaan, rasullullah mendoakanya... Saidatina Aishah sangat2 gembira.. Sehinggakan ada yang meriwayatkan bahawa sampaikan berguling-guling.. Kerana terlalu gembira...

Lalu rasullullah berkata,"Wahai Aishah, sesungguhnya perkara yang sama telah dilakukan untuk semua umatnya"... Subahanallah... Betapa kasih dan sayangnya baginda kepada umatnya... Sedar tak sedar itulah realiti kehidupan.... Baginda banyak berkorban untuk umatnya sehinggakan sanggup menahan kesakitan sakaratulmaut bagi umat2 nya... Tetapi sedarkah kita,,, Dunia sekarang... Yang mempunyai ramai umat islam... Berapa ramaikah yang berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw... Sedangkan itu semua sudah terdapat dalam solat kita... Tapi, berapa ramaikah yang menunaikan solat lima waktu?

Wahai sahabat sekelian,
Itulah umat islam pada zaman sekarang... Islam hanya bada nama... Bukan jauh di sudut sanubari... Sedangkan solat LIMA WAKTU itu adalah sangat ringan berbanding pada mula2 di berikan kepada rasullulah semasa peristiwa israk mikraj.... Betapa sayangnya baginda kepada umatnya, sehingakan sanggup turun naik beberapa kali untuk dikurangkan kepada lima waktu... Cuba kita bayangkan jika perintah yang pertama Allah keluarkan ialah 50 waktu... Sanggupkah kita melakukannya??? Subhanallah... alamaknya satu kerja pun kita tidak dapat lakukan.... Oleh yang demikian, saya menyeru diri saya sendiri dan juga para sahabat sekelian, marilah kita sama2 menunaikannya... Ingat la wahai sahabat, betapa susah payahnya baginda menahan malu untuk menghadap Allah berkali2 semata2 untuk memudahkan umatnya... Susahkah kita menyedikan lebih kurang 5 minit satu waktu dan 25 minit sahaja daripada 24 jam yang diberikan kepada kita untuk menunaikan solat lima waktu????

Setakat itu sahajalah coretan dari hamba Allah yang kerdil ini... Yang baik datang daripada allah, yang buruk pun datang dari allah disebatkan kelemahan diri kita sebagai hamba allah...

Assalamualaikum....

http://masamnis.blogspot.com/

Friday, April 9, 2010

Bagaimana menjadi Murobbi yang hebat?

Murobbi satu istilah yang sudah sinonim bagi gerakan dakwah dan tarbiyyah. Murobbi merupakan tulang punggung utama bagi menggerakkan organisasi dakwah. Tanpa murobbi jamaah atau harakah tidak akan dapat meneruskan hayat jamaah tersebut. Ini kerana peranan murobbi ialah melahirkan generasi baru dakwah yang akan meneruskan kesinambungan amal dakwah dan tarbiyah tersebut.

Lantaran itu satu persoalan yang timbul, bagaimana ingin menjadi seorang murobbi. Adakah murobbi itu suatu yang natural, atau perlu kepada proses? Proses membikinkan diri menjadi seorang murobbi. Ya, memang kerja melahirkan murobbi ini sukar dan payah. Rasulullah SAW adalah sosok murobbi agung dan ideal. Pada diri baginda SAW adalah contoh terbaik buat kita semua. Tidak semua orang dilahirkan untuk menjadi murobbi tetapi perlu kita berusaha memurobbikan diri kita. Bak kata Syeikh Abdullah al-Ahdal “La budda lil akh muslim an yakuuna murobbiyan..” ( Tidak dapat tidak setiap akh mesti menjadi seorang murobbi).

Untuk menjadi murobbi yang hebat, kita memerlukan pelatihan dan perkaderan. Sikap untuk belajar melaksanakan (attalaqqi li tanfiz) harus menjiwai diri kita. Tanpanya usaha menjadi seorang murobbi tidak akan terhasil. Cubaan demi cubaan menghasilkan pengalaman. Pengalaman demi pengalaman akan mendewasakan kita untuk menjadi seorang murobbi. Yang penting ialah sikap untuk terus belajar harus sentiasa membara di benak fikiran dan di lubuk jiwa kita. Tarbiyah madal hayat itulah slogan kita. Tanpa jemu dan lesu kita terus membangunkan potensi diri menjadi seorang murobbi.

Tidak kurang juga kita harus menggali sejarah manusia-manusia agung dan hebat. Sejarah para murobbi. Menyelusuri jejak kehidupan mereka akan menjadikan kita mampu mencetak karektor mereka untuk kita menjadi seorang murobbi. Kita juga harus memperkayakan ilmu dan skil dengan berterusan membaca buku-buku yang dapat meningkatkan kompetensi diri kita sebagai seorang murobbi di samping kita mengambil qudwah dari masyayeikh dakwah kita. Berjaulah ke rumah-rumah mereka, timbalah pengalaman mereka dan adaptasilah ilmu dan kemahiran mereka. Murobbi bak kata al-Banna ibarat bapa, guru, syeikh dan pemimpin. Itulah sifat yang perlu ada pada kita semua.

Saya sempat membaca tajuk awal tulisan John C. Maxwell di dalam bukunya 21 Kunci Pemimpin Efektif (The 21 Indispensable Qualities of A Leader). Beliau menggariskan kunci pertama untuk menjadi pemimpin yang efektif ialah karakter. Saya cuba mengdaptasikannya dalam konteks untuk menjadi murobbi yang efektif. Jadi untuk menjadi murobbi yang efektif ialah karakter. Karakter atau watak seseorang akan menjadi penanda menjadi murobbi yang efektif. Kemampuan seorang murobbi itu menangani krisis dan situasi yang timbul itulah yang menunjukkan karakter murobbi iti. Masalah atau krisis tidak membina karakter tetapi mampu menonjolkan karakternya.

Katanya lagi karakter itu ialah:

  1. Karakter bukan sekadar cakap kosong. Semua orang boleh bercakap tetapi perbuatannya adalah ujian sebenar karektor seseorang. Karakter inilah akan menentukan prinsip, cara berfikir dan cara murobbi itu menangani sesuatu itu. Jadi karakter tidak dapat dipisahkan dari tingkah laku.
  2. Bakat sudah ditentukan Allah tetapi karakter adalah pilihan sendiri.Kita tidak dapat mengawal banyak perkara dalam hidup tetapi kita dapat memilih karakter sendiri. Kita sebenarnya yang mendefinasikan karakter kita sendiri sama ada untuk berjuang atau putus asa. Untuk menjadi murobbi atau tidak. Dengan setiap pilihan kita telah membangunkan karakter diri kita.
  3. Karakter menyebabkan kejayaan bersama orang lain. Mentarbiyah adalah proses yang melibatkan orang lain. Proses mempengaruhi dan merubah mutarobbi. Ingatlah orang tidak akan percaya pada murobbi yang mempunyai karakter yang tidak baik dan mereka tidak mungkin mahu mengikutinya. Jika kita mengkarakterkan diri kita sebagai murobbi maka memudahkan orang untuk mengikuti kita.
  4. Murobbi akan dihadkan oleh karakternya. Untuk menjayakan agenda dakwah dan tarbiyyah kita memerlukan karakter yang kuat. Murobbi yang memiliki karakter yang kuat akan terus bertahan dan mampu mengharungi apa jua keadaan dan mencipta kejayaan demi kejayaan. Sebaliknya jika murobbi itu sudah kering dan terbantut pembangunan karakternya maka tempoh kejayaannya adalah terhad.

Jadi, wahai para murobbi! Marilah kita kita bangunkan potensi diri kita, kita bina karakter sebagai seorang murobbi. Cuba kita ikuti langkah-langkah berikut untuk mengukuhkan karakter kita:

  1. Cari kelemahan dalam karakter kita.
  2. Cari corak kelemahan yang ada pada karakter kita.
  3. Hadapi kelemahan yang ada pada karakter kita. Akui dan baikilah kelemahan tersebut.
  4. Buat perancangan agar anda tidak lagi mengulangi kesilapan anda.

Selamat mendahsyatkan diri anda menjadi seorang murobbi. Teruskan meningkatkan pembelajaran anda.

Photobucket

Ustaz Mohd Azizee bin Hasan,
YDP ISMA Seremban



http://masamnis.blogspot.com/

Saturday, April 3, 2010

Wahai SHABAT (PEMUDA) Sekalian !!!!

Belia secara takrifnya berumur antara 17 hingga 40 tahun. Satu julat umur yang besar yang mengumpulkan satu kelompok yang sangat signifikan dalam sesebuah masyarakat. Apabila kita memerhatikan masayarakat kita pada hari ini, maka sebahagian besar permasalahan dalam masyarakat bahkan negara kita hari ini adalah masalah yang melibatkan golongan belia.

Mari kita senaraikan beberapa contoh masalah yang selalu kita dengar. Masalah gejala sosial, seks bebas luar nikah, rempit dengan pelbagai aksinya, masalah budaya lepak, kes-kes jenayah seperti rogol dan jenayah-jenayah seksual yang lain kebanyakannya melibatkan golongan ini. Gejala hiburan berlebihan, tidak serius, membazirkan masa, juga melibatkan golongan belia. Masalah kekurangan kualiti tenaga kerja, pengangguran, kegagalan memenuhi pasaran pekerjaan dan kegagalan dalam akademik juga melibatkan golongan belia. Malah bagi saya, permasalahan kurang cemerlangnya pencapaian negara dalam bidang sukan juga adalah isu belia.

Menjadi salah seorang belia hari ini, saya tertanya-tanya, kenapa segala ini berlaku kepada generasi belia hari ini dan di manakah punca silapnya. Bukan untuk menunding jari mencari salah silap sesiapa, tetapi untuk cuba mencari penyelesaiaannya bersama. Mengenalpasti punca masalah adalah sebahagian daripada usaha ke arah menyelesaikan sesuatu masalah itu. Kenapa negara kita dan masyarakat kita gagal melahirkan generasi belia yang benar-benar berkualiti?

Saya tertanya-tanya, ke manakah hilangnya potensi sebenar yang ada pada belia? Bukankah belia seharusnya mempunyai ciri-ciri kualiti tertentu seperti tinggi idealismenya, tidak takut akan cabaran, tidak mudah menyerah kalah dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya? Sejarah bangsa kita juga penuh dengan karektor-karektor belia berjiwa besar. Bukankah sebahagian besar tokoh-tokoh pimpinan negara kita adalah tokoh belia pada zaman mudanya? Tun Mahathir, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi merupakan tokoh belia di zaman mereka. Dalam bidang sukan juga kita tidak kurang hebatnya. Tokoh sukan kita pernah mencabar pentas dunia pada zaman mereka, biarpun negara baru sahaja merdeka. Kalau kita telusuri sejarah kita sehingga ke zaman kegemilangan bangsa melayu Islam pada kurun kelima belas, maka tentu lebih ramai lagi tokoh belia untuk kita angkat sebagai ‘role-model’ kepada generasi belia hari ini.

Apakah yang telah membunuh potensi sebenar belia hari ini? Pada hemat saya, jawapan kepada soalan ini terkandung dalam cara bagaimana generasi hari ini dibesarkan dan suasana pembesaran mereka. Generasi yang lahir ketika negara terjajah akan membesar dengan memiliki daya juang yang diasuh untuk memperjuangkan kemerdekaan. Generasi yang lahir dalam suasana sukar akan diasuh untuk bekerja keras untuk keluar daripada belenggu kesusahan. Namun generasi yang lahir dalam keadaan serba senang akhirnya gagal menghargai nikmat kesenangan itu. Ini bukan sekadar sangkaan malah antara penemuan kajian yang melihat bagaimana sebuah perniagaan keluarga selalunya tidak dapat berkembang ‘beyond the third generation’.

Lalu apakah agenda yang akan menjadi penggerak (motive for action) generasi belia hari ini. Mereka lahir merdeka, kebanyakannya hidup senang dan tiada apa lagi yang perlu diperjuangkan? Bagaimana untuk menanamkan daya juang kalau sememangnya tiada lagi istilah perjuangan dalam hidup mereka? Bagaimana mengajar belia supaya sanggup bersusah kalau semua perkara mereka perolehi tanpa perlu bersusah payah? Lalu dalam situasi ini ke manakah dihalakan tenaga yang banyak yang ada pada belia? Ke manakah dicurahkan segala kemampuan untuk belajar sesuatu yang baru yang ada pada belia? Ke manakah diletak semangat yang tinggi yang ada pada belia?

Orientasi kehidupan masyarakat

Saya melihat apa yang berlaku kepada generasi belia hari ini adalah terjemahan kepada orientasi hidup masyarakat itu sendiri. Penekanan melampau terhadap pencapaian akademik semata-mata bagi saya terlah membunuh potensi belia. Mana mungkin pencapaian keseluruhan generasi itu diukur dengan satu kayu ukur semata-mata? Ukuran pencapaian akademik bagi saya gagal memperlihatkan potensi sebenar sebuah generasi. Perlumbaan untuk mencapai pencapaian akademik semata-mata, telah mengakibatkan perlumbaan dalam satu sudut potensi manusia, sehingga mengabaikan sudut-sudut yang lain. Kita dapat lihat generasi muda kita tidak lagi bersungguh-sungguh dalam perkara selain akademik seperti kesukanan, kesenian, kecemerlangan sahsiah, kepemimpinan, kemahiran dan keusahawanan, sedangkan bidang-bidang ini juga perlu dititikberatkan dalam pembangunan sebuah generasi.

Orientasi hidup yang terlalu menekankan unsur kebendaan juga bagi saya membunuh potensi belia. Kalaulah nilai kejayaan diterjemahkan semata-mata kepada nilai matawang, maka banyak perkara akan hilang nilaian sebenarnya. Perkara seperti kemuliaan peribadi, keperihatinan terhadap masyarakat sekeliling, sensiviti terhadap masalah umat, ringan tangan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang perlu, tentunya tiada nilai matawang. Apatah lagi, saya selalu dengar pesanan sesetengah ibubapa apabila anaknya terlibat dengan banyak aktiviti persatuan semasa di kampus, kata mereka, “Jangan pedulikan sangat hal-hal lain tu, yang penting study betul-betul, nanti boleh dapat kerja yang bagus.” Alangkah malangnya.

Cara fikir “video game”

Satu lagi penyakit yang pada saya memberi impak yang sangat besar kepada generasi hari ini ialah gabungan perkembangan teknologi yang tidak diimbangi dengan perkembangan modal insan. Teknologi maklumat memberi banyak kebaikan kepada generasi ini, namun jika tidak diimbangi dengan kewarasan akal dan tidak dibatasi dengan lingkungan budaya dan agama, maka generasi kita seolah tidak mampu memilih maklumat apa yang perlu dicari dan diakses. Kecanggihan teknologi juga banyak mengubah cara generasi belia mengisi masa terluang. Sukan pada generasi ini cuma bersukan di alam maya, virtual reality dengan segala gadjet yang ada. Kita dapat lihat, peminat sukan dan penggiat sukan tidak mengeluarkan setitik peluh pun dalam permainan mereka. Semangat juang generasi ini, cuma ada dalam game “RPG” dan kecerdasan generasi ini cuma dalam game-game strategi. Kedua-dua ini; kepesatan maklumat yang ‘available’ dan cara fikir yang diperoleh daripada permainan alam maya ini menyumbang kepada cara fikir generasi hari ini. Dalam permainan video game, segala perkara boleh dicuba, “try and error”, kalau silap tekan sahaja “restart”, semua perkara boleh diulang semula. Peluang atau ‘life’ yang ada boleh diulang semula. Semua ini membentuk cara fikir dan cara mereka berinteraksi dengan alam realiti. Seolah-olah semua perkara boleh dicuba, dan jika tak suka restart sahaja. Saya nampak cara fikir ini dalam cara generasi belia kita menangani masalah dalam alam kerjaya, dalam rumahtangga, dalam bergaul dengan rakan-rakan dan dalam kehidupan mereka. Mereka lupa, mereka muda cuma sekali. Hidup tidak boleh diundur semula walau sesaat. Tidak semua kesilapan boleh di“undo” , minda dan hati tidak boleh di“format” semula daripada apa yang telah dilalui. Dalam bahasa statistik, tak semua keputusan kita pada sesuatu masa itu “mutually independent”; tidak berkait dengan keputusan-keputusan yang telah di buat sebelumnya.

Inilah cabaran generasi belia hari ini. Cabaran yang berbeza di setiap zaman memerlukan ‘approach’ yang berbeza, walaupun kaedah asalnya tetap sama. Kaedah asal mengenai jiwa manusia yang perlukan agama tetap sama, kaeadah perlunya kepada seruan kepada kebaikan dan usaha mencegah kemaksiatan tetap sama. Manusia tetap manusia yang hidup dan akan mati, selanjutnya akan dipertanggungjawabkan segala amalan mereka.



http://masamnis.blogspot.com/

Thursday, April 1, 2010

1 April 2010: Sensitifkah umat Islam di negara ini?

Tarikh 1 April 2010 mungkin tidak memberi apa-apa makna atau signifikansi kepada kebanyakan penduduk di negara ini, khususnya umat Islam. Kalau ada pun, mungkin yang terlintas di fikiran ialah sambutan April Fool, satu lagi budaya picisan yang diimport dari barat seiring dengan agenda serangan pemikiran ke atas umat Islam.

Hari ini sebenarnya merupakan satu detik yang cukup penting dan bersejarah kerana satu keputusan besar akan dibuat yang bakal menentukan masa depan seorang insan kecil. Pada zahirnya isu yang dibangkitkan ialah perebutan hak penjagaan ke atas seorang kanak-kanak di antara ayahnya yang telah memeluk Islam dan ibunya yang kekal sebagai seorang penganut Hindu. Namun isu yang lebih besar ialah kesucian akidah kanak-kanak tersebut, sama ada dia akan membesar sebagai muslim atau sebaliknya.

Demikianlah nasib yang menimpa Ummu Habibah atau Prasana Diksa (22 bulan) yang menjadi rebutan antara Mohd Ridzuan Abdullah (nama asalnya K. Pathmanathan) dan Indira Gandhi. Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Wan Afrah Wan Ibrahim hari ini akan memberi keputusan terhadap permohonan Mohd Ridzuan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan mahkamah itu sebelum ini yang telah memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak pasangan tersebut kepada bekas isterinya.

Kes ini juga menjadi indikator terhadap kedudukan dan kedaulatan undang-undang Islam di negara ini. Walaupun sebenarnya undang-undang Islam sudah kalah dalam pusingan terdahulu apabila Mahkamah Tinggi Ipoh pada 11 Mac lalu memutuskan hak penjagaan ketiga-tiga anak Mohd Ridzuan diserahkan kepada bekas isterinya yang bukan beragama Islam, Indira Ghandi.

Keputusan itu sekaligus menafikan keputusan Mahkamah Syariah pada 29 Oktober tahun lalu yang telah memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak pasangan itu kepada Mohd Ridzuan. Senario ini secara langsung menunjukkan bahawa kedudukan Mahkamah Sivil di sisi undang-undang negara ini lebih tinggi daripada Mahkamah Syariah. Namun berbekalkan keyakinan bahawa Mahkamah Tinggi tiada bidang kuasa dalam hal ini, Mohd Ridzuan telah memohon agar pelaksanaan keputusan tersebut ditangguhkan sementara beliau mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Lebih utama lagi dalam isu ini sebenarnya ialah sejauh mana sensitiviti dan kepedulian umat Islam di tanahair terhadap kes ini kerana isu ini bukan semata-mata isu Mohd Ridzuan tetapi adalah isu bersama seluruh umat Islam. Adakah kita prihatin dengan masa depan akidah anak beliau? Adakah kita terkesan dengan keputusan Mahkamah Tinggi terbabit yang sudah pasti akan menjadi precedent untuk kes-kes serupa di masa hadapan?

Jauh berbeza sekali situasinya dengan 50 tahun yang lalu, di mana umat Islam di negara ini telah bersatu dan menunjukkan keprihatinan terhadap isu Natrah yang berdepan krisis serupa (ketika ini saya sedang membaca buku Natrah: Cinta, Rusuhan & Air Mata tulisan Datin Fatini Yaacob). Natrah (nama sebenar Huberdina Maria Hertogh), seorang gadis berketurunan Belanda tetapi dibesarkan dalam persekitaran Islam di Tanah Melayu, menjadi rebutan antara ibu bapa kandung dan keluarga angkatnya.

Kepedulian umat Islam ketika itu jelas kelihatan apabila satu Jawatankuasa Tindakan Natrah telah ditubuhkan untuk menzahirkan sokongan dan perjuangan seluruh umat terhadap isu Natrah. Malah dianggarkan seramai 2000 hingga 3000 orang sanggup menunggu di hadapan Mahkamah Tinggi Singapura sepanjang perbicaraan berlangsung. Kemuncak perjuangan mereka ialah satu rusuhan besar-besaran yang telah mengorbankan 18 nyawa. Rentetan peristiwa ini mencerminkan sensitiviti umat dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela akidah saudara seagama.

Senario tersebut jauh berbeza dengan realiti masa kini di mana tahap kepedulian umat begitu meruncing, malah boleh dikatakan hampir-hampir mati. Kes-kes seperti yang dialami oleh Mohd Ridzuan dibiarkan berlalu begitu sahaja, begitu juga dengan gejala murtad yang saban hari semakin serius. Jika beginilah tahap sensitiviti umat, apalah sangat yang boleh kita harapkan daripada mereka. Justeru menjadi tanggungjawab besar gerakan-gerakan Islam dan para pendakwah di negara ini khususnya untuk mengembalikan sifat al-ihtimam atau naluri kepedulian umat, sebagai langkah awal untuk memartabatkan kedudukan Islam di persada yang selayaknya.



http://masamnis.blogspot.com/
 


Al-Quran dan Terjemahan