Pages

Wednesday, May 12, 2010

Sambutan Hari Ibu Haram?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan oleh Nya untuk menyampaikan sesuatu... Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW... Saya tertarik dengan artikal ini, semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar.... Insyaallah...

Sambutan Hari Ibu Haram?

Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother... See More’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”

Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

http://masamnis.blogspot.com/

Thursday, May 6, 2010

Sifat-sifat Allah....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... Bersyukur kita ke hadrat illahi... Dengan limpah dan kurnianya, kita masih lagi meneruskan kehidupan kita di muka bumi ini... Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana dengan penat jerih beliau, kita dapat menikmati dua nikmat terbesar iaitu nikmat islam dan nikmat iman...

Insyallah, hari ini kita berbicara tentang sifat-sifat Allah... Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui.

BIL : 1
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

BIL : 2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

BIL : 3
SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

BIL : 4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

BIL : 5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

BIL : 6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

BIL : 7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

BIL : 9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

BIL : 10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

BIL : 11
SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

BIL : 12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

BIL : 13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

BIL : 14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

BIL : 16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

BIL : 17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

BIL : 18
SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

BIL : 19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

BIL : 20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.

Setakat inilah celoteh pada hari ini... Semoga kita dapat mengamalkan pa yang kita baca dan sampaikan kepada orang lain... Insyallah... Yang baik datangnya dari Allah, Yang kurang juga datangnya dari Allah disandarkan kelemahan diri ini sebagai hamba yang kerdil...

Assalamualaikum.....

http://masamnis.blogspot.com/

Tuesday, May 4, 2010

Tuan Guru Nik Aziz-menangkis fitnah Utusan Malaysia

KENYATAAN RASMI
PEJABAT MENTERI BESAR KELANTAN

Bismillahirahmanirrahim.

1. Sukacita saya merujuk kepada 'head-line' muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, 24 April 2010 yang memakai tajuk besar "Pembangkang Ingkari Sultan” yang turut memutar-belitkan fakta kononnya dipetik kenyataan Mursyidul Am Pas selaku Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

2. Petikan yang disertakan di bawah tajuk demikian jelas sekali berniat serong dan jahat serta bertujuan untuk mencemarkan imej Menteri Besar Kelantan dengan melaga-lagakan kenyataan beliau dengan titah KDYMM Sultan Selangor.

3. Sukacita saya menjelaskan punca kekeliruan dan salah petik itu adalah ekoran daripada kenyataan YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan di Kuala Kubu Bharu hanyalah memberikan respon kepada pertanyaan wartawan berkenaan isu ucapan yang berunsurkan politik di dalam masjid dan surau.

4. Sehubungan itu, YAB Tuan Guru berulang kali seperti mana sebelumnya sentiasa menegaskan bahawa hakikat Islam itu adalah merangkumi semua aspek hidup manusia, tidak boleh dipisah-pisahkan. Sebagaimana amal ibadah ditetapkan peraturannya di dalam Islam, begitulah juga Islam mempunyai aturan hidup di dalam ekonomi, kekeluargaan dan juga tidak ketinggalan aturan politik. Oleh itu, apabila bercakap Islam di dalam masjid/surau, tidak boleh tidak kena menyentuh sama soal politik. Ini kerana urusan politik dan pemerintahan di sisi Islam adalah urusan agama seperti juga urusan muamalat, munakahat, keadilan, ekonomi dan sosial serta perundangan.

5. YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar tidak bermaksud untuk mengingkari sebarang larangan pihak berkuasa negeri, termasuk KDYMM Sultan Selangor.

6. Apa yang cuba dijelaskan ialah kefahaman Islam sebenar yang tidak boleh dipisah-pisahkan antara urusan agama dengan urusan politik atau siasah. Kerana di dalam Islam turut mengandungi ajaran politik Islam. Oleh itu, soal politik tidak boleh dipisahkan daripada diajar di dalam Islam. Masjid adalah pusat pengajian agama, dan dalam pengajian agama termasuk sama kitab-kitab politik Islam seperti "Min Fiqh al-Daulah Fi al-lslam" karangan Dr. Yusuf al-Qaradawi. Sudah pasti pengajarannya menyentuh soal-soal kepimpinan, peranan institusi masjid, perundangan dan pentadbiran kerajaan. Semuanya tidak salah disebut dan diajar di dalam masjid.

7. Sebenarnya, YAB Tuan Guru Dato’ sentiasa berpegang dengan prinsip Islam sebenar bahawa politik kepartian tidak boleh disebut di dalam masjid bagi mengelakkan sebarang perpecahan dan suasana yang tidak harmoni. Namun, apabila memisahkan institusi masjid daripada sebarang program ilmu untuk mengajar politik Islam adalah satu tindakan berasaskan fahaman sekular warisan penjajah.

8. Kenyataan YAB Tuan Guru Dato’ kelmarin adalah sama sekali tidak berkaitan dengan larangan KDYMM Sultan Selangor supaya masjid dan surau tidak digunakan untuk berkempen seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia itu. Saya kesal dengan laporan pemberitaan tersebut dan berharap pihak akhbar berkenaan tidak menjadikan ruang pilihan raya kecil ini sebagai ruang adu-domba bagi kepentingan pihak tertentu.

Sekian, wassalam.


Dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 24 April 2010

Inikah Pemimpin yang Kita Hormati???



Assalamualaikum sahabat sekelian....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani sebagai pembuka bicara.... Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi... Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW... Marilah kita sama-sama membasahi mulut kita dengan zikirullah...

Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan untuk berceloteh di blog yang tersayang ini.. Hu3.... Sedar ke wahai rakan sekelian, negara kita telah digemparkan dengan satu isu hangat yanh diperkatakan.. Isu tersebut ialah CUBAAN MEMBUNUH TOK GURU NIK AZIZ.... Astaghfirllah....(3x) Da kah dunia ini nak kiamat???

Seorang yang berjuang di agama Allah... Seorang yang kita hormati sebagai TOK GURU.... Seorang pemimpin yang adil lagi bijaksana... Seorang yang ingin mendaulatkan syiar agama Islam di negara kita.... Hanya diberi balasan ugutan membunuh... Sehingga orang yang igin membunuh itu berkata,"Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz"...

Astaghfirllah... Inikan barisan pemimpin yang kita agung2 kan??? Inikan barisan pemimpin yang memerintah Negara Kita??? Inikah konsep Islam Hadhari yang diwar-warkan??? Inikah konsep satu Malaysia yang diwar-warkan??? Wahai rakyat sekelian... Inilah sebagai bukti yang menunjukkan betapa lemahnya pegangan agama pemimpin kita...

Dalam agama Islam membunuh adalah salah satu Dosa-dosa BESAR... Beginikah akidah seorang pemimpin... Seorang yang berada di saf(barisan) yang paling hadapan.... Sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata sedemikian.... Allah ada berfirman,"Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah mereka yang bertelagah"... Dalam ayat itu jelas mengatakan bahawa kita semua bersaudara!!!!!!!!!

Saya ingin mengajukan pertanyaan kepada para pembaca... Sanggupkah kamu membunuh ayah kamu??? Sanggupkah kamu membunuh ibu kamu??? Sanggupkah kamu membunuh saudara-saudara lelaki kamu??? Sanggupkah kamu membunuh saudara-saudara perempuan kamu??? Semestinya jawapan anda adalah TIDAK!!! Oleh hal yang demikian, isu sekarang adalah bertepatan dengan soalan saya tadi... Sanggup dia dihukum gantung jika dapat membunuh saudaranya sendiri (Tok Guru Nik Aziz)...

Astaghfirllah.... Sedarlah wahai rakan-rakan sekelian... Ini lah pemimpin yang mewarisi tampok pemerintahan... Inilah pemimpin yang kita pilih.... Inilah pemimpin yang menjadi tauladan kepada kita.... Inilah pemimpin yang menggambarkan rakyat-rakyatnya di seluruh dunia....

Fikir-fikirlah wahai sahabat.... Coretan ini bukan menyebelahi mana-mana pihak... tapi itulah realiti... itulah kenyataan... itulah perkara yang kita terima... Sekian sahaja celotehan dari diri yang kerdil ini... Segala kelebihan itulah datangnya dari Allah... Yang kurang juga datangnya dari allah yang disandarkan kepada kelemahan diri ini sebagai hamba yang kerdil di muka bumi ini...

Assalamualaikum...







http://masamnis.blogspot.com/

Tauhid, Fiqah, dan Tasawwuf...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan Maha PemurahNya, masih lagi memberi ruang dan masa kepada kita untuk mencari keredaanNya... Walaupun masih ramai diantara kita yang masih leka di atas nikmat yang telah diberikan...

Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW... Kerana dengan usaha penat lelah baliau la agama Islam tersebar luas di seluruh di dunia... Kerana beliau jugalah kita dapat merasai dua nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan nikmat Islam...

Insyaallah... Hari ini kita akan berbincang tentang 3 perkara yang berkait rapat.. Berhubung kait antara satu sama lain.. Iaitu Tauhid, Fiqah Dan Tasawwuf... Pa sebenernya ketiga-tiga tersebut?

Pertama, kita bercakap pasal tauhid... Tauhid ialah keimanan, yang membincangkan kepercayaan, baik yang mengenai keimanan kepada, Allah, malaikat, Para Rasul, kitab-kitab suci, Qada' Dan Qadar, serta hari Kiamat...

Kedua, Fiqah adalah yang membincangkan hal taharah (kebersihan menurut ketentuan-ketentuan agama islam), Sembahyang, Puasa, Zakat, Haji dan lain-lain.

Ketiga, Tasawwuf adalah yang membincangkan perihal kesucian hati dan kebersihan jiwa seperti keikhlasan, tawakkal, zuhud, jauh dari penyakit hati dan sebagainya...

Sedar ke tak sedar, ketiga-tiga ilmu ini seharusnya beriringan dan sebati dalam diri seseorang untuk menjadi seorang insan yang mulia disisi-sisi Allah... Jika salah satu tidak diamalkan seperti seorang yang kekurangan salah satu anggota badan.. Sebagai contoh, seseorang yang berjalan... Jika tak cukup anggota badannya, Maka seseorang tersebut berjalan tidak betul atau lebih dikenali tempang....

Semoga dengan ini, dapat menyedarkan diri ini yang kadang-kadang terlalai... Sesungguhnya manusia mudah lupa dan lalai... Oleh hal yang demikian, marilah kita sama-sama memperingatkan antara satu sama lain semoga kita tidah tergolong dalam golongan orang yang cuai...

Insyallah dengan ini dapat menambahkan keimanan kita agar kita tergolong dalam orang-orang yang beriman...

Setakat ini dulu coretan dari diri yang kerdil ini.... Segala kelebihan adalah datangnya dari Allah... Yang kurang juga datang dari allah disandarkan kepada kekurangan diri ini sebagai hamba yang lemah....

Assalamualaikum...

http://masamnis.blogspot.com/

Monday, May 3, 2010

Merdekakah kite???

Assalamualaikum semua....

Apa khabar? sihat ke? Semoga kite semua dalam lindungan yang maha esa lagi maha berkuasa... Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, insyallah kita akan mengupas topik kite pada hari ini iaitu merdekakeh kita?

Sedar tak sedar wahai rakan-rakan sekalian, kita sebagai rakyat Malaysia dalam keadaan tenat di saat pertempuran sengit dari segi mental... Sedar ke wahai sahabat sekalian?

Sebagai contoh sistem pemerintahan di negara kita... Rasullullah saw yang merupakan pamimpin yang unggul mengariskan kepada kita cara-cara mentadbir negara.. Dalam Islam, kita lebih mengutamakan musyawarah (bermesyuarat) untuk menentukan pemimpin yang layak memimpin negara Islam... Bahkan keempat-empat khalifah yang memerintah negara Islam selepas kewafatan rasullullah mengguna pakai konsep tersebut...

Adakah konsep ini di amalkan di Malaysia? Kita telah mengamalkan konsep orang kafir iaitu demokrasi... Tetapi demokrasikah kita dalam pemerintahan??? Demokrasikah kita dalam menentukan pemimpin? Demokrasikah kita dalam melantik orang yang paling penting dalam negara yang tersayang ini???

Konsep asal yang telah digariskan oleh baginda, rakyat boleh menegur pemerintah ataupun pemimpin mereka... Sedangkan dalam Malaysia, orang yang mengemukakan pandangan yang bertentangan dengan pemimpin, yang boleh memburukkan nama baik, yang seharusnya diterima oleh pemimpin tersebut untuk menjadi pemimpin yang unggul, tetapi dibalasnya dengan kenakan tahanan ISA...

Sedar tak sedar ISA juga adalah bertentangan dengan konsep penghukuman dalam islam iaitu sesuatu hukuman atau tahanan atau denda ke atas seseorang perlu ada bukti yang sah bahawa orang tersebut adalah SALAH... Tetapi, sedar ke tak sedar, atau buat-buat tak sedar ISA merupakan satu tindakan yang menjatuhkan hukuman tanpa unsur periksa....

Wahai sahabat, bijaknya orang kafir yang dapat menghakis nilai-nilai islam dalam jati diri kita... Sedikit demi sedikit... Kita dipaksa menerima sukatan pelajaran mereka dalam persekolahan... Adakah ini dikatakan kita sebuah negara yang merdeka.. Masih lagi mengikut perintah orang? Wahai sahabat sekelian, sebagai contoh di sini, saya ingin mengupas sedikit sukatan mata pelajaran sejarah... Dalam sukatan KBSM, ada maengatakan bahawa Penjajah telah menjatuhkan hukuman kepada pejuang Tanah Melayu adalah kerana menghalang mereka memungut cukai dah kekayaan.. Sedar ke tak sedar atau sebaliknya, Pejuang seperti Tok Janggut, Dol Said, dan sebagainya adalah merupakan oarang-orang kuat dalam mempertahankan marwah agama Islam di negara kita..

Hal ini adalah sejajar dengan misi utama Penjajah yang menjajah negara kita iaitu menghancurkan institusi pemerintahan Islam di negara kita... Sedar ke wahai sahabat sekelian, Sejarah boleh di putar belitkan faktarnya... Oleh yang demikian kita dipaksa untuk menerima sukatan pelajaran mereka...

Wahai sahabat sekelian, Semoga dengan coretan ini dapat menyedarkan kita betapa nazaknya umat Islam sekarang.. Oleh sebab itulah, Umat Islam selalu ditindas... Kerana kurangnya kesedaran untuk berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenar-benarnya...

Setakan ini sahaja coretan yang ingin disampaikan... Yang baik datangnya daripada Allah, yang buruk juga datang daripada Allah yang disandarkan kepada kelemahan diri ini sebagai hamba Allah yang kerdil, lemah dan memerlukan pertolongan daripada Nya....

Assalamualaikum...

http://masamnis.blogspot.com/
 


Al-Quran dan Terjemahan