Pages

Tuesday, September 27, 2011

Golongan lelaki yang ditarik oleh kaum wanita untuk masuk neraka!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah… Summaalhamdulillah.. Dengan izin Allah, akhirnya hamba Allah yang hina dan lemah ini diberi peluang oleh-Nya untuk mengarang sedikit kata-kata demi mengajak manusia berfikir sejenak kearah jalan-Nya. Insyaallah…

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw, kerana penat jerih beliau kita dapat merasai dua nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan nikmat Islam… Subhanallah…

Pada hari yang mulia ini, Allah telah mengizinkan hambanya yang lemah ini untuk menaip beberapa perkataan tidak lain tidak bukan hanya lah untuk mengesakan Allah yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana… Subhanallah… Astaghfirullah… Ampunkan dosa-dosa hamba Mu yang hina ni..

Insyallah... hari ni kita akan berbincang sedikit tentang kita iaitu golongan lelaki yang ditarik oleh kaum wanita untuk masuk ke neraka allah... Idea ini tercetus apabila hamba Allah membaca satu artikel... Insyallah.. Hamba Allah ini ingin berkongsi dengan pembaca sekalian... Berikut adalah petikan artikel tersebut...

~ via Imam Muda Nazrul : LELAKI YANG DITARIK WANITA MASUK KE DALAM NERAKA

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..

Berikut adalah petikan artikel tersebut... Insyallah.. Ia akan menjadi pengajaran kepada kita agar kita menjadi hamba Allah yang lebih bertakwa dan beriman...

Insyallah.. Setakat ini sahaja yang mampu di loretkan di blog ini… Insyallah… Mudah-mudahan Allah permudahkan hambaNya yang lemah ini untuk melakar kata-kata yang mengesakan Mu Ya Allah… Subhanallah….

Setakat itu sahaja buat kali ini… Apa yang baik itu datangnya dari Allah… Yang buruk juga datangnya dari Allah yang disandarkan kelemahan diri ini sebagai hamba Allah yang lemah lagi hina…. Subhanallah.. Hanya Allah sahaja yang berhak kita sembah, dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah… Allahuakbar 3x…

http://masamnis.blogspot.com/

NAZ
27/09/2011

No comments:

Post a Comment

 


Al-Quran dan Terjemahan