Pages

Tuesday, October 19, 2010

Subhanallah... Bumi Melaka menerima keberkatan Ulama' Besar Dunia...

Alhamdulillah… Summaalhamdulillah.. Dengan izin Allah, akhirnya hamba Allah yang hina dan lemah ini diberi peluang oleh-Nya untuk mengarang sedikit kata-kata demi mengajak manusia berfikir sejenak kearah jalan-Nya. Insyaallah…
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw, kerana penat jerih beliau kita dapat merasai dua nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan nikmat Islam… Subhanallah…

Subhanallah… Betapa besar dan banyaknya nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambanya… Sehingakan jika kita menggunakan air di lautan sebagai dakwat untuk menyenaraikan nikmat-nikmat Allah, nescaya tidak cukup air tersebut.. Betapa banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada hamba-hamba-Nya tidak kira yang beriman mahupun yang tidak beriman… Allah tetap memberikan rahmatnya…

Namun begitu, berapa ramai hamba-Nya yang ingat kepada-Nya… Bahkan betapa ramai hamba-hamba Nya yang semakin leka dibuai keseronokan di dunia… Na’uzubillah… Astaghrfirllah… Wahai hamba-hamba Allah sekalian… Sedarkah anda sekalian… Bahawa ada tugas besar yang perlu kita laksanakan??? Allah berfirman dalam Al-quran, mafhumnya, “Tidaklah aku(yakni Allah) jadikan manusia dan jin, melainkan untuk beribadat kepada Nya”…

Alhamdulillah hari ini Allah permudahkan hambaNya yang hina ini untuk berjumpa dengan Ulama’ besar dunia… Bumi dan rumah Allah yang Maha Besar lagi Maha Agong, iaitu Masjid Selat, Melaka menjadi saksi persinggahan Ulama’ tersebut… Alangkah tenangnya hati ini melihat lebih puluhan orang yang membanjiri rumah Allah.. Subhanallah… Semoga Allah menyinari bumi MICET dengan cahaya hidayahNya…

Selepas Solat Maghrib berjemaah, satu tazkirah telah disampaikan oleh Habib Kazim Jaafar As-Saggaf dari Tarim, Yaman… Tazkirah beliau menyentuh topik ‘Yakin’… Beliau memperkatakan betapa pentingnya keyakinan yang perlu ditanam di dalam sanubari setiap insan… Sebagaimana contoh yang telah diberikan oleh Beliau, kisah Nabi Yusof… Dimana Nabi Yusof telah ditahan di dalam penjara… Pada satu ketika, salah seorang daripada ahli di dalam penjara tersebut dibebaskan, Nabi Yusof telah berpesan kepada orang tersebut agar memberitahu kepada raja yang beliau mahu dibebaskan… Oleh yang demikian, disebabkan itu Allah telah menghukum Nabi Yusof dengan menambahkan bilangan tahun Nabi Yusof ditahan… Disebabkan perkataan Nabi Yusof adalah 12… Maka Nabi Yusof ditahan selama 12 tahun…. Hal ini adalah kerana perkataan Nabi Yusof tersebut kepada hamba Allah seperti meminta pertolongan kepada hamba Allah… Sepatutnya Nabi Yusof sebagai nabi Allah seharusnya meminta pertolongan dengan Allah dan ‘yakin’ dengan ketentuan Allah…

Habib Kazim juga memberi satu lagi contoh, diaman disaat Nabi Allah, Nabi Ibrahim di buang ke dalam api yang besar… Jibril datang kepada Nabi Ibrahim bertanyakan permintaan Nabi Ibrahim kepada beliau.. Namun Nabi Ibrahim menjawab, “Aku tidak perlukan bantuan mu”… Jibril bertanya lagi, “ Kau tak mahu mitak apa-apa dengan aku? Sedangkan aku hampir dengan Allah.” Nabi Ibrahim menjawab, “Aku tidak perlukan bantuan mu… Nescaya Allah akan bant aku.” Di situ kita lihat betapa besarnya erti keyakinan Nabi Ibrahim kepada Allah sehingakan diselamatkan daripada terbakar di dalam api yang besar itu… Subhanallah…

Seterusnya Ulama’ besar dunia tiba di rumah Allah tersebut dari Singapura… Ulama’ tersebut ialah Al-Habib Umar B Salim B Hafidz yang merupakan keturunan Rasulullah SAW… Beliau sempat menyampaikan tazkirah sebagai dakwah beliau di bumi Melaka… Semoga Malaysia menjadi berkat dengan kehadiran Ulama’ besar dunia tersebut…

Dalam tazkirah beliau menekankan kalimah “la ila ha-illallah”… Betapa besarnya makna disebalik kalimah tersebut… Betapa besarnya makna Kalimah tersebut… Dengan kalimah tersebut, dapat meningkatkan darjat manusia disisi Allah… Sesungguhnya kalimat itulah yang ditalkinkan dari Nabi Adam lagi… Subhanallah… Ya Allah… Ampunkanlah dosa-dosa hamba mu yang hina lagi lemah ini…
Insyallah.. Setakat ini sahaja yang mampu di loretkan di blog yang kian lama menyepi… Insyallah… Mudah-mudahan Allah permudahkan hambaNya yang lemah ini untuk melakar kata-kata yang mengesakan Mu Ya Allah… Subhanallah….

Setakat itu sahaja buat kali ini… Apa yang baik itu datangnya dari Allah… Yang buruk juga datangnya dari Allah yang disandarkan kelemahan diri ini sebagai hamba Allah yang lemah lagi hina…. Subhanallah.. Hanya Allah sahaja yang berhak kita sembah, dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah… Allahuakbar 3x…

http://masamnis.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

 


Al-Quran dan Terjemahan